Mar 13, 2012

Dec 19, 2011

Apa maksud mimpi itu ?

Bila tiba 13hb dalam setiap bulan, sebelum tiba tarikh ni emosi aku akan berubah menjadi sedih dan perasaan menyalahkan diri membelenggu dalam diri aku. aku tak tahu kenapa. mungkin ada sesetengah masa tu aku tak dapat terima perkara yang berlaku on that date. akan berlaku 2 malam. aku akan mimpi dia dekat atas sana. setiap kali dalam mimpi tu, penghujungnya aku akan menangis dan bila penghujung tu dia ni jugak akan muncul. fared aku tak tahu kenapa kau mesti ada setiap mimpi aku bila aku mimpi arwah. dalam tak sedar, bukan dalam mimpi je aku menangis tapi menangis aku tu terbawak2 sampai aku sedar. aku tak berkesempatan lagi nak ziarah kubur die, mungkin ni petunjuk aku untuk ziarah kubur die. sampai sekarang if terpikir or tertengok gambar die aku still tak percaya die dah tak ada. mungkin ni lah jawapan dekat mimpi mimpi tu.

Oct 1, 2011

You again !

Im tired of feeling this way. I know it would be right for me to let go but no matter how much I tell myself to do it, I cant. I tell myself that its better to never see you again, but no matter how much I try to forget, it always makes me remember all the good times we had, and even the bad, and how much I regret the things Ive done, all the things Ive said. its you lah !!
Today I caught myself smiling for no reason... then I realized I was thinking about you. see, its about you again right ? its all about you. whether i'm not in a good mood, just hear your name i will be ok. perrghh !! overlah kalau dah macam tuh, tak agak2 kau ni haha.Hari ni berskype lagi hehe. lantak kaulah nak perasan lebih je kau kan aini haha !! nak buat macam mana dia je penyeri hari hari aku. siapalah aku untuk dia, wahh! macam ada bunyi2 kekecewaan je. ok bye .

Sep 30, 2011

Dah kenapa ? Tiba tiba

ok, fine tadi boleh pulak kan aku menangis secara tak sengaja. sebab ? sebab tengok video orang akad nikah, tengok orang kahwin, orang tunang. video siapa kahwin ? norman dengan memey ! iyeeerr motif sangat kau ni ! entah, semua tahu kan disebalik kisah hidup abby norman dan anak2 dia dan yang terbaru perkahwinan memey dengan norman pulak. aku jadi sedih sebab dah berapa hari kot aku folow semua status abby dekat Facebook, tengok gambar2 anak2 dia. macam aku faham dan dapat rasa je apa yang dia rasa. yee lah tu. then, hari tu abby benarkan 2 orang anak dia pergi majlis kahwin norman. muka anak2 dia, happy je tapi aku pulak sedeh tengok anak2 die sebab depan mata diaorang sendiri tengok bapak dia akad nikah. tiba tiba aku rasa yang norman macam berbelah bagi dengan perkahwinan baru ni. amboih ! hebat kau komen pasal dorang. haha ! lepas je norman lafaz akad dia pun macam mengeluarkan air mata, dan baca taklik untuk si isteri sama juga memey sebak sampai keluar air mata then masa bagi ucapan dekat ibu dia pun sama ofcourse lahkan. macam aku pun faham apa yang dah berlaku dekat dia sebelum ni. dan aku dekat sini bukan nak sebelah kan memey mahupun abby apa lagi norman. cuma ada rasa simpati sikit dengan apa yang dah berlaku dalam rumah tangga dan kehidupan dorang. so, bukan senang nak mendirikan rumah tangga apa lagi tunang yang banyak cabaran dan dugaan.yang couple jangan cakaplah kan bersepah sekarang ni yang berbecah belah, ada yang main2 lagi. aku memang tak faham orang boleh buat main2 dengan perasaan ni. ingat senang ke nak ada perasaan dekat orang. ni contoh macam aku yang tak ada someone lagi tak tahulah kan bila, kadang2 banyak gosip jugak, tengok yang tak ada someone ni pun terlibat jugak. haha poyo lah kau !! dah lah sekarang musim orang berkahwin, tunang yang paling best yer ramai orang sebaya aku pulak tuh. ceapt yer, mereka2 ni dah sampai seru. eloklah macam tu, jauh dari maksiat dan fitnah orang kan :) so, kau bila lagi aini ?

ok. No komen, semuanya terserah pada takdir Allah ..im waiting :)
ps : bukan senang nak kahwin ni, ekonomi tuh penuh kan dulu, tahu nak seronok je uh !

Sep 24, 2011

For your infoormation, kesah pulak

hye ! nak berlari lari dekat sini sekejap sementara tunggu waktu isyak. nak menerangkan lah sesuatu dekat sini, tapi jup! bukan nak menunjuk nunjuk atau nak bermurah murahan eh. bukan apa sibuk sangat semua nak tahu aku ni ada boyfriend or scandal ke tidak. ok lets me tell you here, i dont have any someone special buat masa sekarang ok jelas, tapi tak tahulah esok lusa tulat minggu depan or tahun depan ke, wallahuallam. tapi, ceh ! ada tapi pulak, tak kira lah aku ni beautiful gurl ataupun tidak tak pelik pun kalau aku tade boyfriend. bukan bermakna kau tak laku or jual mahal or cerewet belum ada seru lagi nak buat macam mana haha ! so lepas ni, jangan tanya dah. kalau ada kompom lah aku bagitau satu malaya ceewahh ! bajet hot ! gggrrr. aku bukan apa, bukan rasa diri tuh bajet hot, tapi malas nak jawab pertanyaan tuh, macam aku ni tak laku sangat kot. kang kalau aku bagitahu, ada je orang nak tackle aku, kimsalam bagai,malas lah kan sebab aku tunggu that guy is F hahha ! uuppss. kbye !

Sep 21, 2011

Freedom ..

salam semua, hari ni lega rasanya sebab dapat jejakkan kaki ke luar rumah haha. setelah seminggu kot aku terperap dekat rumah tanpa menjenguk ke luar balkoni walaupun dihiasi pemandangan yang sangat tenang dekat depan balkoni tuh. ok, hari ni aku keluar pun sebab kena beli barang kalau tak memang tak la jawab yer nak keluar ni. keluar ni pun aku seorang je, jejaklah aku ke mall paling laris dekat kuantan ni ECM. haha. satu mall tuh aku pusing, nak pergi carefour je pun, dah tempat lain aku jenguk. alang2 baik window shopping haha. dah, penat2 tuh, aku singgahlah ke Baskin Robin wah ! banyak giler duit . mahal kot ice cream dekat situ, nak makan ais cream je kot tak perlu nak mahal2. tapi untunglah bagi aku, sebab member aku bekerja disitu haha, peluang keemasan untuk aku, dengan mata yang bersinar terus terpa si Ain ni. Ain berkata " eh kau, nak ais cream free lah tu, hahah " seperti biasalah, dah macam rutin pulak, mesti singgah amik ice cream free. tiba2 bos BR tu ada offer kerja dekat situ, ouh ! memang tak lah aku haha. by the way, thanks Ain for the free ice cream .

Ps : ni perisa febret aku, peppermint love it !!

Sep 19, 2011

Bila bertemu seseorang iaitu manusialah ...

Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,”Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.”Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah,” Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.”Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.”Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah,” Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.”Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya.“Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah,” Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah.”

"Manusia dapat mengubah kehidupannya hanya dengan mengubah caranya berfikir. Itu dah cukup..”
Apabila bertemu seseorang, ubahlah cara kamu berfikir tentang dirinya dan diri kamu.

Sep 18, 2011

New life will begin..

New life will begin yeah ! lebih kurang bunyi yer macam tuh lah sekarang life aku. semua orang ada masa lalu sama lah jugak macam aku kisah lalu aku yang aku dah lalui dengan macam macam cabaran, dugaan dan semua tuh memerlukan kesabaran aku yang sangat tinggi dan alhamdulillah sekarang tak adalah macam dulu lagi, banyak kali jugak lah aku cakap macam ni, tapi serius this time memang aku terasa sangat yang aku dah keluar dari pelbagai zon kesedihan mahupun kemurungan. aku try lah jugak nak test feeling aku ni, betul ke dah ok. yeah ! memang betul. tipulah kalau aku kata tak ada sikit langsung perasaan sedih tuh, ada cuma biarlah aku sendiri yang mengetahui yer pun :)senang je sebenarya nak hilangkan kesedihan tu, muhasabah diri mungkin ambil masa tapi itu je cara dan yakin diri tu penting, juga jangan terlalu berfikir dan ikut perasaan.even sekarang ni, masalah lain pulak timbul sekarang ni, dengan nasihat sahabat2 aku, positifkan diri, aku dapat juga kawal even ade sisa baki, sikit je pun haha. but im still hoping him. thanks dekat sahabat aku yang mengingatkan aku untuk buat solat istiharah, dua kali aku buat, agak tenang je rasa. tak ada rasa nak terlalu berfikir sangat pasal dia. doa banyak2 insyallah bila tiba masa allah akan kabulkan :) aku pun kena berusaha juga. aku ni kena banyak berborak dengan sahabat2 aku, bagi nasihat dekat aku barulah aku ni sedar kalau tak, sampai bila melayan je perasaan tu. degil, ego, keras kepala semua lah untuk aku .

I'M GLAD TO BE ME EVEN IT'S HARD TO BE ME




Nenotniny ...

yeah ! macam dah lama je, tak update blog ni . sebab ? tak ada feeling atau ada benda nak cerita tapi tak excited pulak yer pun adoi haha mungkin :).so, tajuk kali ni, pasal dah lama tak update aku pun tak ada idea,so apa nak tulis pun tak tahu menahu adoinyai pun ye :) aik ! apa bahasa aku pakai ni, macam unik je haha ni mesti gara gara terpengaruh dengan johan aduyaiyer pun ni:)ok lah, nama aku dulu masa aku lahir Noraini, then my family call me Ain, and then masuk alam sekolah bertukar lagi Aini tambah "i" je pun :). bila dah meningkat remaja, nama pun lagi sekali ditukar Aony, entah macam mana aku dapat nama ni pun tak tahu menahu yer pun :). dan bila dah semakin kreatif, best jugak main dengan nama ni, lagi sekali nama aku bertukar kepada Niny . nama ni tak ada kena mengena dengan makanan ringan nini cokelat celup celup tuh mahupun bus nini haha.memang aku tiba tiba dapat idea nak pakai nama ni, macam gurgirl like like gitu yer pun haha . so, sekarang ni, mybe for the last nama aku ditukar kepada Nenot, comel kan, macam naughty2 gurl, tapi jangan salah faham im not naughty, but nakal je heheh

Ok , have a nice day.. see you next entry babai :D
(tak faham, kenapa pic dalam blog ni semua rosak !)