May 29, 2011

alhamdulillah,,berakhir sudah

alhamdulillah.....settle semua yang selama ni aku pendam, rasa lega sangat sebab dapat luahkan semuanya. so, tak ada alasan untuk aku terus terus bersedih.
aku bersyukur sangat sebab aku dapat terima pemergiannya, cuma kadang kadang tu bersedih biasa lah tapi tak la sampai keterlaluan macam dulu.
ok, sekarang aku tak tahu kenapa aku macam ade perasaan takut, trauma dan fobia.

cuma yang aku perasan, aku tak boleh sorang sorang, nanti aku jadi murung dan terlalu fikir then mula la aku sedeh ingat macam macam. aku dah tak ada air mata nak dikeluarkan lagi cuma teringat ingat je.
Terima kasih ya Allah kerana sejak pemergian arwah, aku jadi sedar yang dunia ni hanya sementara dan tak kekal, aku mula berfikir yang aku dah banyak mensia siakan peluang untuk berdepan dengan mu YA ALLAH. aku selalu ingat soal kematian, mungkin esok lusa tiba masa aku pula.
sekarang perasaan aku hanya untuk lebih mendekatkan diri dengan mu YA ALLAH.Dulu aku selalu rasa, bila nak berdepan dengan mu YA ALLAH aku selalu fikir berat sangat nak mengerjakan segala amal ibadat aku, alhamdulillah sekarang aku rasa tak sabar sabar nak berdepan dengan mu YA ALLAH, seperti orang lain juga, aku bukan lah sempurna kadang kadang apa yang aku cakap tidak la sepenuhnya yang aku janjikan aku buat, kadang kadang aku leka dan lupa. tapi sekarang aku cuba untuk perbaikinya, walaupun penuh dengan kekurangan. bermula dengan aku menjaga solat aku, memantapkan iman aku.
aku takut bila aku bercakap macam ni, hanya timbulkan rasa riak, YA ALLAH jauh kanlah dari berlakunya perkara ini kepada aku, sesungguhnya aku sedang berusaha untuk bersungguh2 bila berdepan denganmu.
aku dapat kekuatan dan ketenangan untuk berhenti memikirkan soal arwah bila sis arwah ade meletakkan status hadis iaitu :

"dari hadis Qudsi yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yg ALLAH tlh berfirman bhw ganjaran utk hambaKU yg taat kpdKU, apabila AKU tarik shbtnya atau saudaranya dari muka bumi ini; yakni mati, dan dia menerimanya dgn sabar krn AKU, maka memang syurgalah yg menantinya.
maknanya ALLAH dah berjanji siap2, apabila berlaku musibah yg sebegitu maka bersabarlah.syurga menanti.tp x blh jgk kalau waktu berlaku kehilangan tu kita menangis mcm kena histeria, lepas tu baru nak kata ''aku bersabar''.tak jadi macam tu...maaf sy tidak pandai memujuk, jadi dgn kata2 ALLAH inilah mudah2an shbt2 yg merasai kehilangan ahli keluarga, keguguran anak, hilang shbt terdekat dsb akn bangkit semula semangatnya..betul sy tentu tdk memahami keadaan shbt2 krn sy tidak berada dlm situasi itu ttp pd pndgn sy kesedihan yg berpanjangan tdk elok, lama2 blh jadi murung..org2 sekeliling kita yg kuat pun blh jadi lemah.maka kuatkan diri utk keluar dr zon kesedihan itu.insyaALLAH boleh^^"


Betul!! aku setuju sangat, lepas je aku baca ni, aku berfikir balik, ya! tidak guna sedih kerana tidak akan ada penghujungnya bila berterusan hanya murung je yang mendapat.

cuma sekarang ni aku cuba nak elak dari berkunjung dan berbuat sesuatu yang pernah aku dengan arwah buat dulu, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan aku.
lebih lebih lagi bila aku dengar SHAH ALAM, POLITEKNIK SHALAM, TTDI,OU, SUMMIT everything lah!!,, tapi yang paling aku tak boleh terima lagi semua area shah alam aku tak boleh nak pergi lagi buat masa sekarang sebab aku rasa ade sesuatu buat aku rasa kesal, terkilan macam ade yang menghantui aku. ya allah tak tahu macam mana aku nak cakap!! aku takut nak berhadapan dengan semua kenangan yang ada kat shah alam tu.

No comments:

Post a Comment

coret coretkan