Mereka bahagia dan aku ? sedang aku nak berdepan atau menghampiri bahagia, ALLAH terlebih
dahulu sekat dengan mendatangkan ujian yang sangat besar untuk aku tanggung sedang aku lagi
tidak punya apa apa persiapan untuk hadapinya. ALLAH maha mengetahui tentang aturan hidup kita.
mungkin dengan adanya ujian yang ditimpakan ini untuk aku lebih berhati hati atau beringat hidup dekat dunia ni. terlalu gembira, terlalu bermegah2, terlalu mengharap, terlalu menanti
,tertalu ego, maybe ini semua sifat aku sebelum didatangi segala ujian.
sebelum perkara2 ini berakar dan tertanam dalam diri aku, mungkin aku
tidak akan sedar hingga kehari ini. ALLAH akan merindui hambanya dan dia akan mengirimkan kita
malaikat dan menyuruh malaikat ini timpakan satu ujian untuk kita supaya kita kembali lagi
mengingati ALLAH kerana ALLAH ingin mendengar keluhan dari hambanya dengan berdoa.
Dia tidak mahu hambanya jauh lagi tersesat dalam dunia yang sementara ni.
besederhanalah dalam kehidupan dan kayakanlah amal ibadah kita denganNYA.
sentiasalah kau menanamkan dan kekalkan sifat kesabaran dalam diri setiap umatmu supaya
dalam menjalani ibadahmu dengan penuh tekun, khusyuk dan ikhlas.
maaf jika terlalu berkata besar. ingin perbetulkan diri ni, perlahan lahan mengejarnya
supaya datang dari hati. masa yang menentukan
WALLAHUALLAM,,wassalam :)

No comments:
Post a Comment
coret coretkan